ORANG YANG IKLAS ITU TERTINDAS

Thursday, February 10, 2011

Mohd Rasull

Mohd Rasull Nabi SAW berguru dengan Jibril

OLEH sebab itu, Nabi Muhammad SAW amat berhati-hati dalam menjaga kesahihan setiap bacaannya. Walaupun dijamin terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi baginda sering kali bertadarus dengan malaikat Jibril a.s iaitu sebagai guru bagi memperdengarkan bacaannya pada bulan Ramadan setahun sekali.

Sebagaimana yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: “Adalah Malaikat Jibril a.s mengemukakan kepada Nabi Muhammad SAW bacaan al-Quran sekali pada setiap tahun yakni pada bulan Ramadan. Maka pada tahun baginda wafat dikemukakan kepadanya dua kali. Adalah Nabi Muhammad SAW beriktikaf 10 hari setiap tahun yakni pada setiap bulan Ramadan.”

Ia juga bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) telah diberikan menyambut dan menerima al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mengetahui. (an-Naml: 6)

Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung terus dengan al-Quran. Oleh itu tidak dapat dinafikan terdapat banyak faedah jika mempelajarinya.

Antaranya:

l Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al-Quran.

Dengan mempelajari ilmu tajwid seseorang itu akan terpelihara daripada melakukan kesalahan kesalahan yang boleh merosakkan bacaan dan mencacatkannya.

Oleh kerana membacanya adalah kewajipan yang mesti dijaga maka melakukan kesalahan bacaan adalah haram hukumnya manakala mencacatkannya adalah suatu dosa.

Tidak kira sama ada kesalahan tersebut kesalahan yang nyata (lahn jaliy) atau tersembunyi (lahn khafiy).

Bagi sesiapa yang tidak mempelajari ilmu tajwid maka wajiblah baginya untuk belajar supaya dapat menggelakkan dirinya secara terus melakukan kesalahan tersebut.

Sering kali bermain di fikiran dan mungkin ada yang berpendapat bahawa adalah lebih baik menjadi jahil daripada berilmu kerana jika jahil tidak payah beramal dengan sesuatu ajaran.

Pandangan ini adalah salah kerana berada dalam keadaan jahil secara berterusan adalah satu dosa yang tidak akan dilepaskan oleh Allah SWT bahkan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti.

Begitu juga dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam pembacaan al-Quran. Jika ia sudah menjadi kebiasaan dan tiada usaha untuk memperbaikinya maka ia juga dikira sebagai satu dosa.

Tambahan pula ia adalah kitab yang menjadi rujukan dan sering kali dibaca setiap muslim tanpa mengira umur, pangkat dan kedudukan.

Islam bukanlah agama yang terus menghukum tanpa ada sebab yang munasabah. Seseorang itu dimaafkan sekiranya ia masih baru dalam pembelajaran al-Quran dan masih dalam usaha untuk mempelajarinya.

Namun, bagi sesiapa yang merasakan bahawa ia adalah orang yang beragama Islam dan telah lama berada dalam Islam adakah wajar ia membiarkan dirinya berada terus dalam kejahilan untuk tidak mempelajari al-Quran. Jika tidak tahu membaca kenapa tidak belajar.

Jangan jadi orang yang sombong lagi bodoh kerana al-Quran adalah salah satu penyelamat kita di akhirat kelak.

l Mencapai keyakinan dalam pembacaan.

Dengan mempelajari ilmu tajwid seseorang itu akan dapat merasa yakin dan seronok untuk terus membaca al-Quran tanpa ada perasaan ragu-ragu tentang apa jua bentuk dan ayat dalam al-Quran.

Jika kita tidak tahu kita tidak akan dapat mencapai tahap yang sebegini. Itulah kerugian kepada orang-orang yang tidak tahu membaca al-Quran dan mempelajari ilmu tajwid.

l Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah serta akan dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Seseorang yang mahir dan tahu akan ilmu al-Quran akan mendapat banyak kelebihannya. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menerangkan kelebihan membaca al-Quran secara bertajwid. Antaranya firman Allah SWT dalam ayat 29 dan 30 surah al-Fathir.

Kesimpulannya, berdasarkan perbahasan dan hujah serta dalil-dalil yang dikemukakan, jelas bahawa ilmu tajwid adalah suatu ilmu yang pelu kita pelajari oleh setiap insan yang muslim lelaki dan perempuan.

Ini kerana ia sangat berkait secara terus dengan al-Quran. Janganlah ia hanya sekadar untuk dikomersialkan dengan niat keuntungan duniawi semata-mata.

Matlamat itu tidak boleh menghalalkan cara yang mana haram tetap haram dan halal tetap halal.

Pengabaian dalam kita mengetahui ilmu ini membawa kepada kesalahan yang berterusan dalam pembacaan al-Quran.

Bacaan al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang wajib dan fardu bagi seluruh umat Islam.

Wallahu ‘alam.

Mohd Rasull

Mohd Rasull
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Keputusan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membiayai kos perundangan Shuhaimi Shafiei yang berhadapan dengan tuduhan menghasut jelas membuktikan mereka bersubahat sekali gus merestui perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia bukan satu tuduhan sebaliknya merupakan fakta yang tidak perlu dipertikaikan.

Beliau berkata, sekiranya Kerajaan PKR Selangor tidak mahu dilihat bersekongkol, sudah pasti mereka membiarkan sahaja Shuhaimi menanggung kos perundangan sendiri sepanjang kesnya dibicarakan di mahkamah.

"Jika ini keputusan Kerajaan PKR Selangor, kes yang melibatkan Shuhaimi bukan berbentuk peribadi sebaliknya ia turut membabitkan kerajaan negeri.

"Saya bercakap atas fakta. Sekiranya tiada kepentingan kerajaan negeri tidak mungkin membiayai segala kos perundangan Shuhaimi. Ini tidak, mereka bersungguh mahu membela Shuhaimi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 4 Februari lalu, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memberitahu, Kerajaan PKR Selangor akan memberi sokongan penuh kepada Shuhaimi yang didakwa atas tuduhan menghasut.

ADUN Sri Muda itu yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Kota Raja dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung satu entri dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Bagaimanapun, langkah Selangor itu dibidas oleh beberapa pihak kerana peruntukan yang akan digunakan itu bakal membabitkan wang rakyat.

Dalam pada itu, Noh meminta semua rakyat Selangor supaya menilai dengan bijak tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri itu.

"Kerajaan PKR Selangor sebenarnya menunjukkan pendiriannya di dalam isu ini walaupun secara tidak rasmi. Mereka jelas menyokong tindakan Shuhaimi yang kini berhadapan dengan dakwaan menghasut," katanya.

Dalam pada itu, Noh sempat menceritakan pengalamannya apabila beliau disaman oleh seorang guru pada 1999.

"Pada masa itu saya memegang jawatan Setiausaha Parlimen. Dalam kes itu Kerajaan Pusat tidak pula membiayai kos perbicaraan saya. Ini kerana kes itu bersifat peribadi dan situasinya serupa dengan Shuhaimi.

"Segala kos perundangan pada masa itu ditanggung sepenuhnya oleh saya,"

Darah Satria

sengaja mau re-fresh dan mengenang kembali, sejarah perjuangan perwira perwira kita, mempertahankan Tanah air dari pemberontakan komunis... semoga menjadi satu titik contoh dan teladan kepada anak anak muda dan bangsa melayu yang lupa daratan...

Wednesday, February 9, 2011

DUGAAN NEGARA (PENENTANGAN KOMUNIS) 1948-1960.wmv

RUKUN NEGARA

LATAR BELAKANG

Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.

i)Matlamat Rukun Negara - mengukuhkan perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah masyarakat yang adil. menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

ii)Prinsip-prinsip Rukun Negara -

a)Kepercayaan kepada Tuhan - agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.

b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara - semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

c)Keluhuran Perlembagaan - perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

d)Kedaulatan Undang-Undang - rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

e)Kesopanan Dan Kesusilaan - rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

HIDS - PERISTIWA PERAJURIT NEGARA TERKORBAN DI GUBIR

Dan Segala anak Melayu Jangan Kau BUNUH

Melainkan DOSANYA DERHAKA Kerana segala

Anak Melayu itu Tanahmu Air dan Tanah Bangsa mu

Hormatilah Orang Berilmu Orang yang Setia pada Bangsa

Betapapun tidak setujunya Melayu hanya BESAR

pada Kebebasan Dengan Percaya ia BEBAS dan Besar

Laut dan Pantai Semenanjung ini Dipulau-pulau Riau,

Kedah dan PAHANG Kelang dan Muar ialah Tanah dan

Air Bangsamu Kau Besar dan Raja padanya Dipelabuhan kita

seluruh Dunia bertemu Bahasa kita difikirkan Adat Kita Akarnya

Satu Malaysia, Satu Hari Kebajikan Malaysia

Salam satu perjuangan Satu Malaysia , satu matlamat dan satu hari "Kebajikan Malaysia"...

Sebelum saya meneruskan kan penulisan saya ini terlebih dahulu, saya mohon kemaafaan jika adanya kata kata saya yang tidak seberapanya ini, yang mungkin akan menyinggong perasaan pembaca, tetapi apa bolih saya katakan lagi, yang mana mungkin pemikiran saya ini telah dirasuki olih sesuatu perasaan yang inginkan kedamaian dan ketenteraman didalam Negara yang kita semua sayangi ini, terus dengan hati saya yang terbuka ini ingin memetik keyboard dengan perasaan yang penuh bersemangat, insyaallah...

Kita mulakan dengan topik saya ini, pertama nya yang mana mungkin telah banyak kali saya menyiarkan satu pandangan dan pendapat saya tentang "Satu Hari Kebajikan Malaysia" yang mana perkara ini telah beberapa kali saya usulkan kepada orang orang tertentu, berhubung kait dengan Kebajikan Malaysia, yang mana perkara ini tidak pernah saya dengar dari mana badan badan NGO dan pertubuhan Politik yang kian rancak dengan agenda kemusnahan masing masing, untuk diusulkan didalam sidang Dewan Pemikiran Rakyat, apa lah salah dan kira nya diatas dasar permuafakatan Melayu ini, perkara ini dibahaskan agar satu pelan tindakan diatur bagi menangani permasaalahan yang berlaku dipersekitaran kita hari ini, tentu para pembaca terfikir ini satu bebanan munkin... Timbul satu ilham kepada saya supaya sama ada orang perseorangan yang berkuasa atau pun NGO dan Politik tidak mengira apa Politik sekali pun, tampil dan memberi satu pendapat supaya "Satu Hari Kebajikan Malaysia" ini di ketengahkan, ini olih kerana Kebajikan itu teramat penting bagi menjalin kerjasama diantara kaum yang ada didalam Negara kita hari ini, melalui kerjasama ini dapat lah kita semua rakyat Malaysia am nya bekerjasama diantara satu dengan yang lain,

Pada pandangan saya secara peribadinya "Satu Hari Kebajikan Malaysia" ini bertujuan untuk mengikat tali silaturraim dan kerjasama seperti bergotong royong, membersihkan persekitaran taman taman perumahan dan  segala tempat yang difikirkan perlu. Rakyat hari ini bukan tidak sedar kebersihan amat penting didalam kehidupan kita masa kini, tambahan pula dengan penyakit yang dibawa olih nyamok aedes, yang mana angka kematian disebabkan demam denggi begitu tinggi didalam Negara kita ini.

Tujuan saya bukan lah berkehendakan publisiti atau pun sebalik nya, tiada niat lansung dihati saya semua nya itu, hanya lah satu matlamat dan tujuan saya, ia itu kita rakyat Malaysia hendak lah menjalin satu ikatan kasih mesra dan bertanggong jawab diantara satu dengan yang lain, termasuk juga barisan Pemimpin Pemimpin Negara kita. Saranan saya supaya Pemimpin kita turun padang ke kawasan jajahan masing masing semasa di "Hari Kebajikan Malaysia" itu.

Cadangan saya kepada yang berkenaan, supaya "Satu Hari Kebajikan Malaysia" ini, dimasukan didalam cuti "Satu Malaysia" kerana dihari berkenaan adalah hari kelepasan am, dimasa itu juga segala aktiviti Gotong Royong dan Kebajikan akan bermula diseluruh Malaysia dimana Pemimpin Pemimpin turut serta di hari tersebut,

Pertama nya cadangan saya ialah, memberi sumbangan, contoh nya makanan, pakaian dan barang keperluan harian bagi golongan yang daif, orang kurang upaya dan membuat majlis makan beramai-ramai bersama anak-anak yatim, supaya mereka merasa yang diri mereka diambil berat olih masyarakat persekitaran dan Kerajaan, ini kerana pada pandangan saya ramai masyrakat yang daif, oku dan anak-anak yatim harus mendapat kehidupan yang lebih sempurna supaya mereka juga dapat hidup seperti masyarakat yang lain, di Negara kita yang kaya dan Aman damai ini

Ingin saya sarankan disini, adalah supaya kerajaan kita hari ini, mengadakan satu hari dalam satu tahun, bernama "Satu Hari Kebajikan Malaysia" yang mana dihari tersebut rakyat Malaysia sedia bekerjasama untuk menjalankan aktiviti aktiviti kebajikan dan kemasyrakatan seperti membuat kerja kerja amal tanpa mengira Agama dan Bangsa, ini bagi tujuan untuk mendisplinkan rakyat Malaysia kearah permufakatan didalam satu Negara yang berbilang kaum, supaya menjadi contoh kepada para pelancong yang datang keNegara kita ini, apa yang menariknya disini ialah, kita seharusnya membenteras kegiatan seperti peras ugut, jenayah ragut dan segala aktiviti yang berkaitan dengan jenayah, seharusnya perkara perkara tersebut dihentikan, ini olih kerana satu hukuman yang berlipat kali ganda akan dijatuhkan, jika pesalah pesalah jenayah melakukan kesalah pada Hari Kebajikan Malaysia ini,





Sekian sepintas lalu agar saranan saya ini, mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, Jesteru itu mari lah kita bersama sama menjayakan program "Satu Hari Kebajikan Malaysia" sebagai satu amanah dan tanggong jawab kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggong jawab kepada Agama, Bangsa Negara dan Generasi kita seterusnya...




SAYANGI AGAMA, BANGSA NEGARA DAN GENERASI KITA...