ORANG YANG IKLAS ITU TERTINDAS

Friday, January 20, 2012

PERJALANAN KU




PERJALANAN KU
Dalam merentasi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini maka tersuratlah satu sejarah yang memaparkan satu kesah yang menyentuh perasaan, apa kah dunia ini terlalu zalim bagi ku, mungkin ia dan mungkin tidak, yang menghadapinya adalah aku sendiri, benar kata2 orang2 yang terlebih dahulu dari ku "hina besi kerana karat nya dan hina nya maknusia kerana tiada harta" begitulah ungkapan mereka, kata2 itu banyak kebenaran nya, ini kerna maknusia itu suka memandang kepada kebendaan semata mata, tapi kita maknusia yang inginkan kebahagiaan kena teruskan juga hasrat di hati untuk terus berusha tanpa menyusahkan orang lain, semoga usha2 ku ini akan menemui jalan yang benar dan terkabul hasrat di hati ku untuk menjadi contoh kejayaan kepada orang lain, dalam usha ku hari ini telah nampak kejayaan dihadapan ku,

Cuma hanya masa sahaja menentukan nya, ada juga kerja2 yang telah aku laksanakan dengan jaya nya, aku bukan nya berketurunan orang2 kaya, arwah bapa ku hanya lah penoreh getah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, begitulah seterus nya sehingga akhir hayat berliau, betapa kah susah nya kehidupan ku dikala itu, tapi kini dunia telah banyak berubah segala nya amat mudah seperti sekarang, tidak seperti aku dizaman persekolahan ku, tujuan ku bukan lah hendak membuka pekong didada aku, tapi adalah untuk menjadi satu contoh dan pedoman kepada generasi muda masa kini, apa yang penting nya pada kita hari ini ia lah usha untuk memajukan diri kita kepada satu matlamat perjuangan,

Perjuangan ini bukan lah menghadapi peperangan tetapi perjuangan kita kali ini adalah bagaimana kita sama2 mencari arah kepada pembangunan ekonomi kita dan negara, dan seterusnya pembangunan ugama dan masyarakat am nya, marilah kita sama2 memikirkan nya, jangan lah satu ketika nanti maruah bangsa tergadai disebabkan sikap bangsa kita yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan orang lain, memajukan diri itu bukan kerugian kepada negara, malah membantu bangsa untuk terus maju di dalam bidang ekonomi dan seterus kepada bangsa yang kita sayangi, jangan lah sampai tanah melayu ini tergadai olih sikap bangsa kita yang tidak bertanggong jawab dan yang maseh lagi mengamalkan sikap seperti yang mana aku hadapi,

Lupakan lah istilah "hina besi kerana karat, hina maknusia kerana tak berharta" kerna dari situ lah berlaku nya kehancuran ekonomi bangsa, jangan lah kita memandang rendah terhadap mereka, mungkin daripada mereka juga bolih membantu bangsa untuk maju bersama, cuma hanya memberi peluang2 perniagaan kepada mereka, barulah negara terjamin ekonomi dan jenayah dapat dikurangkan, semoga apa yang aku luahkan ini akan menjadi satu pedoman kepada Generasi muda masa kini, sekian dari saya...

No comments:

Post a Comment

no comment