Mohd Rasull
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Keputusan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membiayai kos perundangan Shuhaimi Shafiei yang berhadapan dengan tuduhan menghasut jelas membuktikan mereka bersubahat sekali gus merestui perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia bukan satu tuduhan sebaliknya merupakan fakta yang tidak perlu dipertikaikan.
Beliau berkata, sekiranya Kerajaan PKR Selangor tidak mahu dilihat bersekongkol, sudah pasti mereka membiarkan sahaja Shuhaimi menanggung kos perundangan sendiri sepanjang kesnya dibicarakan di mahkamah.
"Jika ini keputusan Kerajaan PKR Selangor, kes yang melibatkan Shuhaimi bukan berbentuk peribadi sebaliknya ia turut membabitkan kerajaan negeri.
"Saya bercakap atas fakta. Sekiranya tiada kepentingan kerajaan negeri tidak mungkin membiayai segala kos perundangan Shuhaimi. Ini tidak, mereka bersungguh mahu membela Shuhaimi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 4 Februari lalu, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memberitahu, Kerajaan PKR Selangor akan memberi sokongan penuh kepada Shuhaimi yang didakwa atas tuduhan menghasut.
ADUN Sri Muda itu yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Kota Raja dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung satu entri dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor.
Bagaimanapun, langkah Selangor itu dibidas oleh beberapa pihak kerana peruntukan yang akan digunakan itu bakal membabitkan wang rakyat.
Dalam pada itu, Noh meminta semua rakyat Selangor supaya menilai dengan bijak tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri itu.
"Kerajaan PKR Selangor sebenarnya menunjukkan pendiriannya di dalam isu ini walaupun secara tidak rasmi. Mereka jelas menyokong tindakan Shuhaimi yang kini berhadapan dengan dakwaan menghasut," katanya.
Dalam pada itu, Noh sempat menceritakan pengalamannya apabila beliau disaman oleh seorang guru pada 1999.
"Pada masa itu saya memegang jawatan Setiausaha Parlimen. Dalam kes itu Kerajaan Pusat tidak pula membiayai kos perbicaraan saya. Ini kerana kes itu bersifat peribadi dan situasinya serupa dengan Shuhaimi.
"Segala kos perundangan pada masa itu ditanggung sepenuhnya oleh saya,"
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali. Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain...
ORANG YANG IKLAS ITU TERTINDAS
-
Salam satu perjuangan Satu Malaysia , satu matlamat dan satu hari "Kebajikan Malaysia"... Sebelum saya meneruskan kan penulisan ...
-
ALLAH SWT telah menyebut keadaan duniawi para pemilik kebun dan azab yang menimpa mereka disebabkan kebun itu apabila mereka menderhaka dan...
-
FASAL ini pada menyatakan kejadian manusia dijadikan Allah subhanahu wa taala daripada empat anasir. Pertama tanah, perangainya dingin serta...
-
Sahabat yang dirahmati Allah, Di dalam al-Qur'an banyak kisah-kisah umat-umat terdahulu yang dibinasakan oleh Allah s.w.t kerana keingka...
-
SAYANGI AGAMA, BANGSA NEGARA DAN GENERASI KITA... YA ALLAH... PELIHARA DAN LINDUNGILAH SAHABATKU. CUCURILAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN M...
-
SEBAIK BAIK KEJADIAN ADALAH MAKNUSIA, SEBAIK BAIK AKAL FIKIRAN ADALAH INSAN, SEBAIK BAIK UCAPAN ADALAH KASEH DAN SAYANG, SEBURUK BURUK KATA ...
-
Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegang...
-
SAYANGI AGAMA, BANGSA NEGARA DAN GENERASI KITA... YA ALLAH... PELIHARA DAN LINDUNGILAH SAHABATKU. CUCURILAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN MU ...
-
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد . Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipa...
-
PERJALANAN KU Dalam merentasi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini maka tersuratlah satu sejarah yang memaparkan satu ke...
Thursday, February 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
no comment