ORANG YANG IKLAS ITU TERTINDAS

Thursday, March 3, 2011

zikir penenang hati

Astagfirullahal'azhiim Alladzii laa ilaaha illaaha illaa huwal hayyul qayyuumu wa atuubu ilai. Ya Allah, Tuhan semesta alam tiada Tuhan selain Engkau, Aku memohon ampun kepada Mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim dari segala dosa yg pernah ku lakukan, Ampunilah juga dosa kedua Ibu Bapa ku serta saudara-saudara ku yang telah kembali kepada mu Ya Allah, lindungilah keluargaku dari siksa di dunia maupun di akhirat...

Doa Murah Rezeki

Astagfirullahal'azhiim Alladzii laa ilaaha illaaha illaa huwal hayyul qayyuumu wa atuubu ilai. Ya Allah aku bersujud kepadaMu Tuhan semesta alam dan aku berlindung dari segala godaan syaitan yg terkutuk. berikanlah kami keturunan yg soleh & soleha karena anak yg soleh & soleha dpt kami harapkan do'anya kelak kami telah tiada, berikanlah kami harta yg halal tuk bersadakoh tuk tabungan kami di akhirat kelah,

WADAH PERJUANGAN BANGSA












SAYANGI AGAMA, BANGSA NEGARA DAN GENERASI KITA...
YA ALLAH... PELIHARA DAN LINDUNGILAH SAHABATKU. CUCURILAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN MU KEPADA MEREKA DI DUNIA DAN AKHIRAT… assalamualaikum, kepada semua sahabat-sahabat pejuang bangsa yang saya hormati dan kagumi, alhamdulilah kita masih berada disini dengan aman dan damai, syukur kehadrat Allah swt, dari apa yang telah tuan-tuan perbincangkan di wall ini, ada yang menarik dan ada juga yang kurang memuaskan munkin juga kurang disegi pengalaman, tapi tidak mengapa, apa yang penting nya ingin sama-sama bertanggong jawab diantara satu dengan yang lain, permuafakatan didalam Islam itu amat penting bagi meneruskan wadah perjuangan Agama, Bangsa dan Negara yang kita cintai ini... Wadah perjuangan bangsa melayu wajib diteruskan demi kebaikan kita dan generasi kita yang akan datang, dari apa yang telah tuan-tuan huraikan, banyak kearah Ketuhanan, saya setuju dan menyokong nya, tetapi biarlah ada landasan yang benar dan betul, jangan ada diantara kita ada yang seolah-olah mempersendakan Agama kita, Agama Islam tidak menyuruh umatnya bertelagah disebabkan Agama, malah Allah taala menyuruh kita saling kasih mengasihi diantara dengan yang lain bermuzakarah sesama kita, Islam adalah satu Agama yang telah membawa manusia itu kearah pembangunan didalam kehidupan insan... permuafakatan didalam islam lah yang telah merapatkan jurang perbezaan diantara kaum didunia ini... pabila disebut tentang bangsa maka bangsa itu tidak akan bolih bersatu kecuali mereka mempunyai amalan Agama Islam yang sebenarnya, bukan lah maksud saya disini ingin memperkecilkan orang-orang melayu dan bahawa sesungguh saya sendiri berketurunan bangsa melayu, biarlah meludah dilangit, terkena muka sendiri... Berhubung kait dengan politik... Agama tidak bolih dipisahkan, perjuangan Rasulallah dahulu pun berpolitik, tetapi politik yang dimaksudkan adalah politik perjuang untuk menyebarkan Agama Islam, maka disini Islam lah yang menjadi peganggan Utama, Penyatuan Bangsa adalah melalui Islam... tetapi politik masa kini sudah jauh berbeza, politik masa kini adalah politik kepentingan diri sendiri dan kroni kroninya... itu lah sebab punca jadinya perpecahan bangsa melayu... apa pun yang penting disini berbalik lah kepada ajaran Agama Islam yang sempurna ini... dan Agama Islam juga tidak menyuruh umatnya berpecah belah sesama sendiri, malah terus mengajak kaum yang bukan beragama Islam mengikut perjalanan Rasulallah... sekian semoga apa yang telah saya huraikan didada wall ini tidak sebanyak sedikit bolih memberi satu ransangan kepada tuan-tuan, agar mendapat tidak sebanyak sedikit pengalaman(Ilmu), untuk terus berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara yang kita cintai ini... "Dan berpegang teguhlah kamu pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan karunia Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana, demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat nya kepada kamu agar kamu mendapat petunjuk"(Ali Imran 103)


ALLAH DAN ISLAM ITU BENAR... HAYATI LAH KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH KESABARAN DAN KETAKWAAN, SEMOGA BERJAYA, INSYAALLAH...

Mohd Rasull

Mohd Rasull

Monday, February 28, 2011

'Saya Tidak Minta Dilahirkan Sebagai Melayu' - Nik Aziz


SUNDAY, FEBRUARY 27, 2011



APA PENYAKIT NIK AZIZ INI... BOLIH KAH KITA SAMA SAMA KONGSIKAN PANDANGAN DAN PENDAPAT, DEMI KEBAIKAN AGAMA, BANGSA, NEGARA DAN GENERASI BANGSA MELAYU...

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.

Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.

"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya.

KOTA BAHARU, 27 Feb (Bernama)

Gmail - Peti masuk (1) - rasulbadar363@gmail.com

Gmail - Peti masuk (1) - rasulbadar363@gmail.com