Dalam peluang kali ini saya ingin berkongsi sebuah nasihat dari al-Qur’an, iaitu ayat 12 surah al-Hujurat. Dalam ayat tersebut Allah SWT berfirman, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Ayat ini Allah mulai dengan seruan “Wahai orang-orang yang beriman…” bererti ia ditujukan kepada kita semua mukminin dan mukminat. Tentu sahaja seruan ini memiliki nilai nasihat yang penting sesudahnya, sekali gus membangkitkan perhatian kita semua. Nasihat itu ialah: “Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.” Sangkaan ialah apa yang kita memberitahu diri kita sendiri, sama ada dalam minda, hati atau kedua-duanya. Atas dasar inilah bersangka baik atau buruk adalah relatif sekalipun terhadap individu yang sama. Izinkan saya memberi contoh tiga rakan sebilik, Sakinah, Aini dan Rohayu. Sakinah disangka baik oleh rakan sebiliknya Aini, tetapi disangka buruk oleh rakan sebiliknya Rohayu. Kenapa wujud perbezaan ini sekalipun terhadap orang yang sama (Sakinah)? Ia disebabkan oleh apa yang diberitahu oleh Aini dan Rohayu kepada diri mereka masing-masing. Oleh kerana Aini memberitahu dirinya bahawa Sakinah ialah seorang yang baik, maka dia bersangka baik terhadap Sakinah. Manakala oleh kerana Rohayu memberitahu dirinya bahawa Sakinah ialah seorang yang tidak baik, maka dia bersangka buruk terhadap Sakinah. Percaya atau tidak, sangkaan baik dan buruk tidak lebih ialah apa yang diberitahu oleh seseorang itu kepada dirinya sendiri. Lebih dari itu, kita sebagai manusia memiliki satu kelemahan yang menyebabkan sangkaan lazimnya condong ke arah berburuk sangka. Entah mengapa, manusia cenderung mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain. Selagi tidak ditemui kesalahan, kekurangan dan kecacatan, selagi itulah manusia akan terus mengintip dan mencari-cari. Atas kecenderungan ini, manusia mudah lagi pantas berburuk sangka sekalipun hasil intipan dan pencarian mereka tidak membuahkan apa-apa bukti yang kukuh mahupun muktamad. Hasil intipan dan pencarian itu pula segera disebarkan kepada orang ramai sehingga menjadilah ia satu umpatan. Umpatan ini merebak sebegitu pantas sehingga mangsa umpatan diburuk sangka oleh sekian ramai orang sekalipun oleh mereka yang tidak mengenalinya. Masing-masing memberitahu dirinya bahawa orang itu “tidak baik” berdasarkan umpatan yang berakar umbi dari intipan dan pencarian yang sejak awal didirikan atas kecenderungan ke arah kesalahan. Allah sebagai Tuhan yang mencipta manusia amat mengenali kecenderungan ini di kalangan manusia, maka kerana itulah Dia berfirman: “…janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain.” Rasulullah SAW memperincikan lagi sifat manusia ini dengan sabda baginda: “Berhati-hatilah kalian terhadap prasangka kerana sesungguhnya ia adalah perkataan yang paling dusta. Dan janganlah saling mencari-cari khabar kesalahan, janganlah saling memata-matai, janganlah saling meninggikan harga untuk menarik perhatian pembeli, janganlah saling mendengki, janganlah saling membenci dan janganlah saling membelakangi. Wahai para hamba Allah! Jadilah kalian bersaudara.” [Shahih al-Bukhari, no: 6066] Hanya sebahagian kecil dari sangkaan adalah benar, iaitu sangkaan yang didirikan atas bukti yang kukuh lagi muktamad. Namun nisbah sangkaan yang benar lebih kecil berbanding sangkaan yang salah. Oleh kerana itulah Allah menyuruh kita menjauhi sebahagian besar dari sangkaan. Mukminin dan mukminat yang suka mengumpat diumpamakan oleh Allah sebagai: “Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.” Sukakah seseorang itu memakan daging manusia? Tentu tidak. Sukakah memakan daging manusia yang sudah meninggal dunia? Tentu juga tidak. Jika tidak suka, maka tahanlah diri dari mengumpat kerana ia adalah satu perbuatan yang amat jijik, sejijik orang yang makan daging manusia yang sudah mati. Lalu bagaimanakah keadaannya jika orang yang kita umpat benar-benar melakukan kesalahan itu? Katakanlah Sakinah benar-benar suka merokok, padahal merokok hukumnya haram kerana kerosakan yang ia bawa kepada diri perokok dan orang di sekelilingnya. Jika Rohayu mengetahui Sakinah seorang perokok secara pasti, adakah termasuk dalam kategori pengumpat jika dia memberitahu rakan-rakannya yang lain bahawa “Sakinah hisap rokok!”? Jawapannya “Ya”, itu termasuk mengumpat. Kewajipan Rohayu ialah menegur Sakinah secara tertutup akan kesalahannya merokok. Menceritakan kesalahan Sakinah kepada orang lain ialah mengumpat yang dilarang oleh Islam manakala menegur kesalahan itu secara tertutup kepada Sakinah ialah akhlak mulia yang dituntut oleh Islam. Sebagai penutup Allah berfirman: “…bertakwalah kamu kepada Allah.” Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan menjauhi larangan-larangan-Nya di atas. Tahanlah diri dan berpalinglah dari apa-apa lintasan untuk berburuk sangka, mengintip, mencari-cari kesalahan dan mengumpat. Seandainya kita terlanjur melakukannya, segeralah bertaubat kepada Allah kerana “…sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali. Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain...
ORANG YANG IKLAS ITU TERTINDAS
-
Salam satu perjuangan Satu Malaysia , satu matlamat dan satu hari "Kebajikan Malaysia"... Sebelum saya meneruskan kan penulisan ...
-
ALLAH SWT telah menyebut keadaan duniawi para pemilik kebun dan azab yang menimpa mereka disebabkan kebun itu apabila mereka menderhaka dan...
-
FASAL ini pada menyatakan kejadian manusia dijadikan Allah subhanahu wa taala daripada empat anasir. Pertama tanah, perangainya dingin serta...
-
Sahabat yang dirahmati Allah, Di dalam al-Qur'an banyak kisah-kisah umat-umat terdahulu yang dibinasakan oleh Allah s.w.t kerana keingka...
-
SAYANGI AGAMA, BANGSA NEGARA DAN GENERASI KITA... YA ALLAH... PELIHARA DAN LINDUNGILAH SAHABATKU. CUCURILAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN M...
-
SEBAIK BAIK KEJADIAN ADALAH MAKNUSIA, SEBAIK BAIK AKAL FIKIRAN ADALAH INSAN, SEBAIK BAIK UCAPAN ADALAH KASEH DAN SAYANG, SEBURUK BURUK KATA ...
-
Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegang...
-
SAYANGI AGAMA, BANGSA NEGARA DAN GENERASI KITA... YA ALLAH... PELIHARA DAN LINDUNGILAH SAHABATKU. CUCURILAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN MU ...
-
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد . Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipa...
-
PERJALANAN KU Dalam merentasi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini maka tersuratlah satu sejarah yang memaparkan satu ke...
Friday, June 24, 2011
PRASANGKA DAN KEBURUKAN NYA...
Dalam peluang kali ini saya ingin berkongsi sebuah nasihat dari al-Qur’an, iaitu ayat 12 surah al-Hujurat. Dalam ayat tersebut Allah SWT berfirman, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Ayat ini Allah mulai dengan seruan “Wahai orang-orang yang beriman…” bererti ia ditujukan kepada kita semua mukminin dan mukminat. Tentu sahaja seruan ini memiliki nilai nasihat yang penting sesudahnya, sekali gus membangkitkan perhatian kita semua. Nasihat itu ialah: “Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.” Sangkaan ialah apa yang kita memberitahu diri kita sendiri, sama ada dalam minda, hati atau kedua-duanya. Atas dasar inilah bersangka baik atau buruk adalah relatif sekalipun terhadap individu yang sama. Izinkan saya memberi contoh tiga rakan sebilik, Sakinah, Aini dan Rohayu. Sakinah disangka baik oleh rakan sebiliknya Aini, tetapi disangka buruk oleh rakan sebiliknya Rohayu. Kenapa wujud perbezaan ini sekalipun terhadap orang yang sama (Sakinah)? Ia disebabkan oleh apa yang diberitahu oleh Aini dan Rohayu kepada diri mereka masing-masing. Oleh kerana Aini memberitahu dirinya bahawa Sakinah ialah seorang yang baik, maka dia bersangka baik terhadap Sakinah. Manakala oleh kerana Rohayu memberitahu dirinya bahawa Sakinah ialah seorang yang tidak baik, maka dia bersangka buruk terhadap Sakinah. Percaya atau tidak, sangkaan baik dan buruk tidak lebih ialah apa yang diberitahu oleh seseorang itu kepada dirinya sendiri. Lebih dari itu, kita sebagai manusia memiliki satu kelemahan yang menyebabkan sangkaan lazimnya condong ke arah berburuk sangka. Entah mengapa, manusia cenderung mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain. Selagi tidak ditemui kesalahan, kekurangan dan kecacatan, selagi itulah manusia akan terus mengintip dan mencari-cari. Atas kecenderungan ini, manusia mudah lagi pantas berburuk sangka sekalipun hasil intipan dan pencarian mereka tidak membuahkan apa-apa bukti yang kukuh mahupun muktamad. Hasil intipan dan pencarian itu pula segera disebarkan kepada orang ramai sehingga menjadilah ia satu umpatan. Umpatan ini merebak sebegitu pantas sehingga mangsa umpatan diburuk sangka oleh sekian ramai orang sekalipun oleh mereka yang tidak mengenalinya. Masing-masing memberitahu dirinya bahawa orang itu “tidak baik” berdasarkan umpatan yang berakar umbi dari intipan dan pencarian yang sejak awal didirikan atas kecenderungan ke arah kesalahan. Allah sebagai Tuhan yang mencipta manusia amat mengenali kecenderungan ini di kalangan manusia, maka kerana itulah Dia berfirman: “…janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain.” Rasulullah SAW memperincikan lagi sifat manusia ini dengan sabda baginda: “Berhati-hatilah kalian terhadap prasangka kerana sesungguhnya ia adalah perkataan yang paling dusta. Dan janganlah saling mencari-cari khabar kesalahan, janganlah saling memata-matai, janganlah saling meninggikan harga untuk menarik perhatian pembeli, janganlah saling mendengki, janganlah saling membenci dan janganlah saling membelakangi. Wahai para hamba Allah! Jadilah kalian bersaudara.” [Shahih al-Bukhari, no: 6066] Hanya sebahagian kecil dari sangkaan adalah benar, iaitu sangkaan yang didirikan atas bukti yang kukuh lagi muktamad. Namun nisbah sangkaan yang benar lebih kecil berbanding sangkaan yang salah. Oleh kerana itulah Allah menyuruh kita menjauhi sebahagian besar dari sangkaan. Mukminin dan mukminat yang suka mengumpat diumpamakan oleh Allah sebagai: “Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.” Sukakah seseorang itu memakan daging manusia? Tentu tidak. Sukakah memakan daging manusia yang sudah meninggal dunia? Tentu juga tidak. Jika tidak suka, maka tahanlah diri dari mengumpat kerana ia adalah satu perbuatan yang amat jijik, sejijik orang yang makan daging manusia yang sudah mati. Lalu bagaimanakah keadaannya jika orang yang kita umpat benar-benar melakukan kesalahan itu? Katakanlah Sakinah benar-benar suka merokok, padahal merokok hukumnya haram kerana kerosakan yang ia bawa kepada diri perokok dan orang di sekelilingnya. Jika Rohayu mengetahui Sakinah seorang perokok secara pasti, adakah termasuk dalam kategori pengumpat jika dia memberitahu rakan-rakannya yang lain bahawa “Sakinah hisap rokok!”? Jawapannya “Ya”, itu termasuk mengumpat. Kewajipan Rohayu ialah menegur Sakinah secara tertutup akan kesalahannya merokok. Menceritakan kesalahan Sakinah kepada orang lain ialah mengumpat yang dilarang oleh Islam manakala menegur kesalahan itu secara tertutup kepada Sakinah ialah akhlak mulia yang dituntut oleh Islam. Sebagai penutup Allah berfirman: “…bertakwalah kamu kepada Allah.” Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan menjauhi larangan-larangan-Nya di atas. Tahanlah diri dan berpalinglah dari apa-apa lintasan untuk berburuk sangka, mengintip, mencari-cari kesalahan dan mengumpat. Seandainya kita terlanjur melakukannya, segeralah bertaubat kepada Allah kerana “…sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
PERMAS Harap Usaha Perpaduan Melayu Diteruskan – Ahmad
Thursday, June 2, 2011
- Abdul Raihan Abdullah watever kita perlukan perubahan pimpinan...melayu yg mcm manaaa tu...4 minit yang lalu ·
Mohd Rasull bagus soalan yang telah dikemukan itu sahabat ku Abdul Raihan Abbdullah, itu lah ciri ciri orang yang mempunyai masa hadapan... alhamdulilah sama-sama lah kita fikirkan, didalam keadaan masa sekarang ini, saya faham dengan keadaan, tetapi apa yang bolih kita lakukan, kenalah kita berdiri ditengah tengah demi kebaikan dan keamanan Negara kita ini, Insyaallah jika rakyat membuka fikiran keArah kebaikan untuk segala lapisan masyarakat dibumi yang kita cintai ini... Perubahan itu wajib dilaksanakan, perlu kita ingat dan berhati-hati, sebelum kita mengunkap sesuatu permasaallahan itu, Negara ini milik seratus peratus Orang-orang Melayu, dan pemimpin nya juga berbangsa Melayu Moden, olih kerana kebijaksaan Melayu Moden ini maka berlaku fenomena Kebendaan, maka apa yang berlaku masa kini, kebendaan persendirian itu yang perlu mereka pertingkatkan, tanpa mereka mengira apa yang akan berlaku seterusnya, itu POLITIK, tujuan dan asas pertama nya ada lah KUASA $ WANG RINGGIT demi kesenangan duniawi mereka, persetan dengan apa yang akan berlaku samaada KeAgamaan mau pun masyarakat... apa yang penting nya kebendaan dan kemuliaan, olih kerana mereka ini, rakyat menjadi huru hara, lantas PAS, PKR, DAP dan jua parti parti yang mana menentang UMNO-BN, menjadi sasaran, pengikut parti pembangkang mengikut cara mereka dan parti kerajaan dengan sinis mereka, yang menjadi BODOH pengikut pengikut yang tidak ada pelajaran ini, terus menerus merosakan akidah perjuangan Agama, Bangsa, Negara mereka sendiri, kenapa harus kita harus jadi BODOH, olih kerana kepentingan mereka...??? itu lah yang selalu saya sarankan, jangan menjadi KAMBING HITAM, oilh kerana kepentingan mereka, kita yang bermusuhan, memfitnah, melaga-lagakan diantara satu dengan yang lain, siapa untung dan siapa yang rugi akhirnya, Bangsa mereka walau bagaimana sekali pun tetap akan bersatu demi pegangan dan perjanjian mereka, mereka semakin kaya raya, bangsa Melayu semakin MIskin mahu pun disegi harta dan jua sikap dan tingkah laku mereka, apa yang akan berlaku seterusnya, kita semua pasti akan menyaksikan nya suatu hari nanti, Insyaallah... perlu jelas dan jua ingat, dan telah kita tahu dengan keadaan ini, ketahui lah MELAYU adalah HARTAWAN( dan tak KETAWAN) mereka adalah JUTAWAN... kemana akan pergi harta-harta orang orang melayu, jikalau tidak terjualkan kepada bangsa Mereka, kita akan terus menyaksikan telatah-telatah orang-orang melayu ini seterusnya,(tidak semua melayu begitu)... JIKA TIDAK ADA FELDA, DIMANA KAH AGAKNYA ORANG-ORANG MELAYU UNTUK MENGADU NASIB MEREKA, LANSUNG TIDAK PERNAH BERSYUKUR TENTANG APA YANG ADA, KESIAN DENGAN NASIB BANGSA YANG TERJEBAK DENGAN FENOMENA POLITIK KOTOR INI... JIKA BERHAJAT UNTUK TERUS MENENTANG KERAJAAN YANG ADA SEKARANG TERUSKAN LAH HAJAT ITU, TIADA SIAPA YANG BOLIH MENGHALANGNYA, AKAN TETAPI PERLU JUGA KITA SEMUA INGAT APA YANG AKAN KITA TINGGALKAN UNTUK ANAK-ANAK DAN GENERASI KITA SETERUSNYA, JIKA KITA MASIH DENGAN CARA DAN GAYA KITA,.. WHAT EVER N FOREVER LAA...
Subscribe to:
Posts (Atom)