ORANG YANG IKLAS ITU TERTINDAS

Tuesday, November 23, 2010

SERUNAI (IRAMA PADANG PASIR)

Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

Monday, November 22, 2010

Dalam merentasi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini maka tersuratlah satu sejarah yang memaparkan satu kesah yang menyentuh perasaan, apa kah dunia ini terlalu zalim bagi ku, mungkin ia dan mungkin tidak, yang menghadapinya adalah aku sendiri, benar kata2 orang2 yang terlebih dahulu dari ku "hina besi kerana karat nya dan hina nya maknusia kerana tiada harta" begitulah ungkapan mereka, kata2 itu banyak kebenaran nya, ini kerna maknusia itu suka memandang kepada kebendaan semata mata, tapi kita maknusia yang inginkan kebahagiaan kena teruskan juga hasrat di hati untuk terus berusha tanpa menyusahkan orang lain, semoga usha2 ku ini akan menemui jalan yang benar dan terkabul hasrat di hati ku untuk menjadi contoh kejayaan kepada orang lain, dalam usha ku hari ini telah nampak kejayaan dihadapan ku, cuma hanya masa sahaja menentukan nya, ada juga kerja2 yang telah aku laksanakan dengan jaya nya, aku bukan nya berketurunan orang2 kaya, arwah bapa ku hanya lah penoreh getah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, begitulah seterus nya sehingga akhir hayat berliau, betapa kah susah nya kehidupan ku dikala itu, tapi kini dunia telah banyak berubah segala nya amat mudah seperti sekarang, tidak seperti aku dizaman persekolahan ku, tujuan ku bukan lah hendak membuka pekong didada aku, tapi adalah untuk menjadi satu contoh dan pedoman kepada generasi muda masa kini, apa yang penting nya pada kita hari ini ia lah usha untuk memajukan diri kita kepada satu matlamat perjuangan, perjuangan ini bukan lah menghadapi peperangan tetapi perjuangan kita kali ini adalah bagaimana kita sama2 mencari arah kepada pembangunan ekonomi negara, dan seterusnya pembangunan ugama dan masharakat am nya, marilah kita sama2 memikirkan nya, jangan lah satu ketika nanti maruah bangsa tergadai disebabkan sikap bangsa kita yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan orang lain, memajukan diri itu bukan kerugian kepada negara, malah membantu bangsa untuk terus maju di dalam bidang ekonomi dan seterus kepada bangsa yang kita sayangi, jangan lah sampai tanah melayu ini tergadai olih sikap bangsa kita yang tidak bertanggong jawab dan yang maseh lagi mengamalkan sikap seperti yang mana aku hadapi, lupakan lah istilah "hina besi kerana karat, hina maknusia kerana tak berharta" kerna dari situ lah berlaku nya kehancuran ekonomi bangsa, jangan lah kita memandang rendah terhadap mereka, mungkin daripada mereka juga bolih membantu bangsa untuk maju bersama, cuma hanya memberi peluang2 perniagaan kepada mereka, barulah negara terjamin ekonomi dan jenayah dapat dikurangkan, semoga apa yang aku luahkan ini akan menjadi satu pedoman kepada jenerasi sekarang, sekian dari saya///

Thursday, November 18, 2010

PERJALANANKU: AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR

PERJALANANKU: AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR

Lima Maksiat yang Disegerakan Balasannya

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam al-Qur'an banyak kisah-kisah umat-umat terdahulu yang dibinasakan oleh Allah s.w.t kerana keingkaran mereka beriman dan menerima ajaran yang dibawa oleh para rasul utusan Allah s.w.t.

Mereka mencabar para rasul supaya mendatangkan azab kepada mereka jika benar mereka adalah utusan Allah dan menjadi kekasih Allah s.w.t. kerana do'a orang yang dikasihi Allah amat mustajab. Maka satu demi satu umat yang kufur dan menentang ajaran Tuhan telah dibinasakan dan di hancurkan oleh Allah s.w.t kerana kederhakaan mereka yang melampaui batas kemanusiaan.

Bukhari meriwayatkan dari Urwah, bahwa Aisyah ra. isteri Nabi s.a.w. bertanya kepada Nabi s.a.w.katanya: "Adakah hari lain yang engkau rasakan lebih berat dari hari di perang Uhud?" tanya Aisyah r.a.

'Ya, memang banyak perkara berat yang aku tanggung dari kaummu itu, dan yang paling berat ialah apa yang aku temui di hari Aqabah dulu itu. Aku meminta perlindungan diriku kepada putera Abdi Yalel bin Abdi Kilai, tetapi malangnya dia tidak merestui permohonanku!

'Aku pun pergi dari situ, sedang hatiku sangat sedih, dan mukaku muram sekali, aku terus berjalan dan berjalan, dan aku tidak sadar melainkan sesudah aku sampai di Qarnis-Tsa’alib'

'Aku pun mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku terlihat sekumpulan awan yang telah meneduhkanku, aku lihat lagi, maka aku lihat Malaikat Jibril alaihis-salam berada di situ, dia menyeruku: ‘Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan kaummu tadi, dan apa yang dijawabnya pula. Sekarang Allah telah mengutus kepadamu bersamaku Malaikat yang bertugas menjaga bukit-bukit ini, maka perintahkanlah dia apa yang engkau hendak dan jika engkau ingin dia menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar ini ke atas mereka, nescaya dia akan melakukannya!‘

Dan bersamaan itu pula Malaikat penjaga bukit-bukit itu menyeru namaku, lalu memberi salam kepadaku, katanya: ‘Hai Muhammad !’ Malaikat itu lalu dia mengatakan kepadaku apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibril a.s. tadi. ‘Berilah aku perintahmu, jika engkau hendak aku menghimpitkan kedua bukit ini pun nescaya aku akan lakukan!’

‘Jangan… jangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun… !’, demikian jawab Nabi s.a.w."

Betapa mulianya hati Nabi s.a.w dalam keadaan baginda di siksa dengan balingan batu oleh pemuda kota Taif hingga cedera parah yang di alami oleh baginda namun baginda tetap bersabar dan mendo'akan semoga akan ada keturunan mereka yang akan menyembah Allah pada masa akan datang walaupun penduduknya pernah mencederakan baginda. Dan baginda melarang Malaikat yang menjaga bukit-bukit untuk menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar keatas mereka.

Sahabat yang dimuliakan,
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah s.a.w. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu.Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sahabat,
Marilah sama-sama kita fahami hadis Nabi s.a.w seperti di atas supaya kita di jauhi daripada segala bentuk bala atau musibah yang akan kita terima apabila kita melaksanakan kejahatan yang di larang oleh Allah s.w.t.

1. Penyakit Tha'un dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
Bila perzinaan dan homoseksual berlaku maka akan wujud pula penyakit-penyakit baru yang sukar mendapat rawatannya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang maksudnya : “Tujuh macam orang di laknat oleh Allah kelak di hari kiamat. Sedang mereka sedikit pun tidak di pandang Allah dengan belas kasihan, bagi mereka itu seksa yang bersangatan sekali iaitu : Pertama : orang yang liwaath Kedua : mensetubuhi perempuan pada lubang duburnya (bukan farajnya) Ketiga : orang menjima’ binatang. Keempat : orang-orang yang mengeluarkan mani dengan tangannya (onani) Kelima : orang yang mensetubuhi anak sendiri Keenam : orang yang berzina dengan orang sekampungnya Ketujuh : orang yang menyakiti orang sekampungnya. “

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
Islam menetapkan cara sebagaimana yang diperintahkan Allah supaya tidak melakukan perkara yang haram atau menindas orang lain untuk mengejar keuntungan yang tidak dihalalkan di dalam Islam.

Selaku ahli perniagaan kecil atau besar kita mestilah berasaskan perkara yang amat penting iaitu mencari yang halal dengan cara yang halal pula.Ertinya carilah barang yang halal untuk diniagakan dengan cara yang penuh kejujuran. serta tidak melibatkan penipuan,. pengananiayaan , pencurian hak orang lain,perampasan, riba dan sebagainya dan jual beli yang ditetapkan daam din Islam.

Firman Allah s.w.t. maksudnya :" Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mengurangkan (sukatan dan timbangan) iaitu orang-orangayang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minmta patuhi . Dan apabila mereka mnyukat atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangkannya" ( Al-Muttaffifin: 1-3)

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
Zakat adalah wajib dikeluarkan untuk membersihkan harta pemiliknya bila mengabaikan untuk keluarkan zakat cukup besar bala akan diturunkan Allah. Sabda Nabi s.a.w maksudnya : “Bentengkanlah harta kamu dengan zakat dan ubatilah penyakit kamu dengan sedekah.” (Riwayat Tabrani)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke neraka Jahannam”

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin.
Contohnya : Hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin, Iraq dan Afghanistan dikuasai oleh tentera kuffar adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah s.w.t. Apakah janji kita kepada Allah s.w.t? Janji kita adalah kita ingin mengabdikan diri kita kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan apa saja yang disuruh-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya.

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah s.w.t. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim"
(Surah al-Maidah ayat 45)

"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin apabila Allah dan RasulNya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata"
(Surah al-Ahzab ayat 36)

EMPAT ANASIR KEJADIAN MANUSIA

FASAL ini pada menyatakan kejadian manusia dijadikan Allah subhanahu wa taala daripada empat anasir. Pertama tanah, perangainya dingin serta kering. Maka adalah insan itu saunda ertinya hitam, iaitu di dalamnya dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dan basah. Maka tandanya orang itu kurus, tubuhnya nipis, banyak pekerjaannya, kurang tidur, tiada dapat ia sabar daripada kerja jimak. Maka ada baginya mudarat yang besar; maka adalah asal kejadiannya daripada perangai tanah. Dalam tubuh manusia tempatnya pada almak, maka perangainya itu tubuhnya sihat.

Anasir yang keduanya api; perangainya panas serta kering. Maka adalah pada insan itu safrun iaitu air yang kuning, maka iaitu panas serta kering, asal kejadiannya dari¬pada perangai api, yang di dalam tubuh manusia tempatnya pada hempedu. Maka tandanya orang itu segera barang kerja dan lakunya, dan segera pada jalannya, lagi terang hatinya. Orang itu panas tubuhnya, kurang tidurnya, barangkali banyak di dalamnya panas daripada kering. Maka adalah warnanya kuning.

Air, anasir yang ketiganya, perangainya dingin serta basah. Maka adalah pada insan itu balgam,@ Dahak iaitu dingin serta basah. Asal kejadiannya daripada perangai air, dalam tubuh manusia tempatnya pada paru-paru. Maka adalah perangai balgam itu tambun, iaitu banyak dingin dan basah, dan kurang dalamnya panas dan kering. Alamat orang itu tambun tubuhnya, banyak lemaknya. Sebab perangai basah padanya, maka orang itu banyak tidurnya, segan ia pada barang pekerjaannya, dan lambat jua, lagi kurang fahamnya.

Anasir yang keempat iaitu angin, perangainya panas serta basah. Maka adalah pada insan itu darnawi ertinya darah, iaitu panas serta basah. Maka adalah asal kejadiannya daripada perangai angin, yang di dalamnya tubuh manusia, tempatnya pada hati. Bahawa tubuhnya orang itu nipis, tiada tebal, iaitu banyak panas serta basah, dan kurang dalamnya angin dan kering. Maka orang itu tiada tambun; kurang dagingnya; banyak darahnya; banyak perolahannya; pekerti¬nya sederhana.

Mengetahui Asal Penyakit

Fasal ini pada menyatakan sekalian sakit dan demam di dalam tubuh manusia; kerana angin, darah, balgam dan pitam, ialah yang menyampaikan pergi mari sakit dan demam pada segala tubuh. Maka barang siapa hendak mengubat, mahulah diketahui dan difahami demamnya pada segala tubuh manusia itu. Akan asal penyakit itu daripada bulan satu, bulan dua, bulan tiga dan bulan empat, maka empat bulan itu demamnya sebab anginlah menjadi pohon penyakit; dan jika bulan lima, bulan enam bulan tujuh dan bulan delapan, sebab darah menjadi pohon penyakit itu. Maka pada bulan sembilan, bulan sepuluh, bulan sebelas dan bulan dua belas, maka empat bulan itu sebab asalnya penyakit itu dari¬pada balgam yang menjadi pohon penyakit. Maka tiga per¬kara inilah pohon penyakit pada segala tubuh manusia. Ada¬pun angin itu, tempatnya pada pusat hingga sampai ke dada¬nya; dan akan balgam itu tempatnya pada pusat hingga sampai kekakinya, inilah asal tempatnya kedua penyakit itu. Wallahu a'lam.

Bab ini jikalau seseorang itu dapat sakit pada pagi-pagi, maka sakit itu sebab anginlah asalnya. Jikalau seseorang itu sakit pada petang hari, sakitnya itu sebab bai gam asalnya.

Adapun jikalau pada petang, sakitnya balgam dengan bercam¬pur angin. Adapun jika siang sakitnya, sebab angin dengan darah bercampur.

Bermula jika sakit itu sebab angin, maka demikianlah afaalnya; Pertama gementar tubuhnya, pening kepalanya, menggeliat tubuhnya, berdiri romanya, sakit kedua rusuk dan perutnya, lagi kerap tiada mau makan nasi, melainkan hendak minum air jua, dan matanya pun hitam, kulit perut¬nya hitam, kukunya pun hitam; pengecapan mulutnya pun kelat, dan lagi renggang dagunya, sakit dan batuk tiada keluar balgam, maka yang demikian itu angin afaalnya.

Adapun jikalau sakit itu dari sebab darah, maka demi¬kian afaalnya: Pertama panas tubuhnya dan haus hendak minum air jua. Duduk tiada khabarkan dirinya dan menggigil tubuhnya, dan nafasnya pun deras. Demikianlah afaalnya sakit sebab darah.

Jikalau sakit itu sebab balgam, demikian afaalnya: Per¬tama mengerang dan lagi demam kura dan angin; makan nasi tiada mau, dan sejuk tubuhnya, pengecapan mulutnya pun manis; tatkala pagi-pagi hari maka demam, berdiri romanya; maka yang demikian itu afaalnya sebab balgam. Adapun jikalau sakit itu bercampur angin dengan darah, maka jikalau orang itu sakit pada bulan lima, bulan enam, bulan tujuh, atau bulan delapan, maka empat bulan itu sakitnya sebab hampir dengan darah. Jika hendak tau akan penyakit orang sakit itu, maka tanda-tandanya ialah keras kulitnya, biji mata¬nya merah atau kuning, lagi haus hendak minum air, dan tidurnya tiada nyedar ; dan lagi tubuhnya kuning, kesungai besar dan seni pun kuning, dan bibir mulutnya kembang, kerana sebab hempedunya itu mendidih.

Maka sebab afaal hangat dan hempedu itu, maka akan ubat yang diberi minum pada penyakit yang demikian itu: Pertama ambil akar terung pipit, akar bika, akar maja, akar ekor tupai, akar temu kunci, akar terung asam, akar ku usan, yakni pohon bunga kemboja gunung ada putih bunganya, dan akar johar; sekalian itu ambil sama banyak, dan buah saga kenderi tiga puluh tiga biji. Sudah itu, maka rebus semua ramuan ubat itu, beri surut airnya tiga bahagi, yakni tinggal sebahagi. Kemudian beri minum, mualat, yakni berulang- ulang hingga habis, insya-Allah taala segera afiat.

Adapun jika sakit, sebab angin dengan hempedu bercam¬pur, demikian afaalnya: Pertama pening matanya dan kuning warnanya; kering lehernya, dan romanya berdiri, makan nasi tiada lalu. Akan ubatnya penyakit itu, iaitu angin yang ber¬campur hempedu ialah: Pertama ambil akar lenggundi, akar dewa raja, jaha lawi, jaha gelang, kabirah. Ramuan itu ambil sama banyak dan direbus dengan tiga heling air, maka beri surut dua bahagi, tinggal sebahagi. Apabila sudah hampir sejuk maka beri minum, mualat (berulang-ulang); insya-Allah taala afiat.

Sekiranya sakit itu datangnya pada bulan sembilan, bulan sepuluh, bulan sebelas, atau bulan dua belas, maka empat bulan itu sakitnya ialah dari sebab angin, keadaannya tiada boleh tidur dan menggigil tubuhnya. Lagi pula sakitnya pada kepala dan sakit seluruh tubuhnya, barang dimakan tiada sedap pada mulutnya, dan tidak boleh ke sungai besar, demikianlah afaalnya penyakit itu. Akan ubatnya, berilah ubat minum, iaitu: Pertamanya yang diberikan minum bagi penyakit angin yang demikian itu ialah, ambil halia dan hujung atap, serai, akar terung pipit dan akar terung asam, sekalian itu agak banyak. Kemudian rebus semuanya, airnya diminum berulang-ulang sehingga habis. Insya-Allah taala segera afiat.

Jikalau sakit itu dari sebab angin bercampur dengan balgam maka buat ubat ini beri makan: Pertama ambil putar¬wali, suntang, ketumbar, akar ekor tupai, dan cendana putih. Sekalian ramuan ubat itu ambil sama banyak, kemudian titik¬titik dan rebus, airnya beri susut hingga separuh bahagian. Apabila sudah disejukkan beri minum berulang-ulang sehing¬ga habis. Insya-Allah taala segera sembuh.

Adapun jikalau sakit itu sebab angin dengan balgam ber¬campur menjadi bengkak-bengkak pula, maka ubatnya: Ambil akar ekor tupai, halia, hujung atap, jaha, tangki, jintan putih, jintan hitam, dan buah melaka. Sekalian itu ambil sama banyak dan direbus, masukkan sertanya madu sedikit, inggu, sedikit belerang bang, dan lada tujuh biji. Maka asah semuaya itu. Sudah itu perahkan pada mata bengkak itu, insya-Allah taala afiat.

AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR

Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar kerana ia merupakan pengukur keimanan seseorang, faktor penentu ciri umat yang terbaik dan penjamin kepada kesejahteraan umat keseluruhannya. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan tanggungjawab semua orang beriman mengikut kadar kemampuan masing-masing.



Penjelasan:

Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan ukuran keimanan seseorang:



Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,

setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain;

mereka menyuruh yang ma’ruf dan melarang yang mungkar;

dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.

Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[al-Taubah 9:71]



Juga berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:



Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran,

hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya.

Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya.

Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya),

yang sedemikian adalah selemah-lemah iman.[1]





Sebaliknya melarang yang ma’ruf dan menyuruh yang mungkar adalah ciri-ciri orang munafik:



Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain;

mereka masing-masing menyuruh yang mungkar dan melarang yang ma’ruf,

dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut).

Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah

dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu,

merekalah orang-orang yang fasik.

[al-Taubah 9:67]



Melaksanakan Amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan faktor penentu ciri umat terbaik, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:



Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,

(kerana) kamu menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran,

serta kamu pula beriman kepada Allah.

[Ali Imran 3:110]



Melaksanakan Amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan penjamin kepada kesejahteraan umat keseluruhannya, berdasarkan hadis:



Perumpamaan orang yang menegakkan perintah Allah

(Amar ma’ruf dan Nahi mungkar termasuk perintah Allah) dan orang yang jatuh ke dalam larangan Allah

ialah seperti satu kaum yang mengundi untuk mendapat tempat di dalam sebuah kapal.

Sebahagian daripada mereka mendapat tempat di tingkat atas manakala sebahagian lagi pada tingkat bawah.

(Ketika dalam pelayaran), apabila orang di tingkat bawah inginkan air,

mereka terpaksa pergi meminta kepada orang yang berada pada tingkat atas.

Lalu mereka (yang berada di tingkat bawah) berkata:

“Jika kita membuat lubang pada tingkat ini nescaya kita tidak perlu lagi meminta daripada orang di atas kita.”



Jika (mereka yang berada di tingkat atas) membiarkan mereka (orang di tingkat bawah)

melakukan apa yang mereka hendaki (melubangkan kapal),

pasti semuanya akan musnah (tenggelam).

Sebaliknya jika mereka (yang berada di tingkat atas) menahan dengan tangan mereka

(rancangan melubangkan kapal), pasti mereka (yang di tingkat atas) akan selamat

dan akan selamat juga semuanya (termasuk di tingkat bawah).[2]



Pendapat yang masyhur menyatakan pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah Fardhu Kifayah, maka jika sebahagian umat Islam telah melaksanakannya, maka baki selainnya tidak lagi bertanggungjawab. Hukum Fardhu Kifayah disandarkan kepada dalil berikut:



Dan hendaklah (sebahagian) kamu menyeru (berdakwah) kepada kebajikan

dan menyuruh yang ma’ruf serta melarang daripada yang mungkar.

Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

[Ali Imran 3:104]



Sebenarnya wujud perbincangan di kalangan ilmuan, adakah ayat tersebut ditujukan kepada sebahagian umat Islam (Fardhu Kifayah) atau kepada semua umat Islam (Fardhu Ain)? Perbincangan tersebut telah dikupas dalam kitab-kitab tafsir, dimana ia dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Ayat ini ditujukan kepada sebahagian umat Islam (Fardhu Kifayah) kerana perkataan (منكم) di permulaan ayat berperanan untuk mengecualikan, bermaksud “sebahagian daripada kamu”.

2. Ayat ini ditujukan kepada seluruh umat Islam (Fardhu Ain) kerana perkataan (منكم) di permulaan ayat berperanan untuk menegaskan atau memberi penekanan, bermaksud “hendaklah kamu”.



Antara dua perbincangan ini, dan Allah sahaja yang lebih mengetahuinya, saya cenderung kepada pendapat yang kedua bahawa ia ditujukan kepada semua umat Islam. Sebabnya:

1.

Ia selari dengan pelbagai ayat dan hadis yang lain, sebagaimana yang dikemukakan di atas, dimana semuanya ditujukan kepada umat Islam secara umum dan bukannya kepada kumpulan tertentu secara khusus.
2.

Ayat 104 surah ‘Ali Imran di atas diakhiri dengan “…Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” Menjadi tuntutan Islam agar semua umatnya mencapai kejayaan. Mustahil Islam hanya mengkehendaki sebahagian umatnya berjaya dan sebahagian lagi gagal. Maka pengakhir ayat menjelaskan siapa yang dimaksudkan pada awal ayat, iaitu semua umat Islam.
3.

Berusaha untuk menyampaikan kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan melarang daripada yang mungkar merupakan usaha semua para sahabat radhiallahu ‘anhum. Mereka hanya berbeza dari sudut bentuk usaha yang dilakukannya, sesuai dengan kemampuan dan bidang kepakaran masing-masing. Jika usaha ini hanya disandarkan kepada sebahagian orang sepertimana yang berlaku masa kini, maka timbullah tuding menuding, siapa yang patut buat dan siapa yang tidak buat. Akhirnya tiada siapa yang berbuat apa-apa.

Oleh itu pada analisa saya, pendapat yang lebih kuat adalah pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah tanggungjawab semua orang beriman mengikut kadar kemampuan masing-masing.